Added: Aug 19, 2008
From: nasiruddien
Duration: 9:52
Syeik Abdul Qadir al-Jailani: "Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas 'Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas 'Arasy, Ia beristiwa. Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas 'Arasy. KeadaanNya di atas 'Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas 'ArasyNya)?" (Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84.) Imam Syamsuddin az-Zahabi: "Sesiapa mengingkari bahawa Allah 'Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir". (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137). وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ. "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". (QS. Al-Hadid, 57:4). "Berkata az-Zahabi: Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm.81. Redza bin Nu'san Mu'ti.) Ibn Jarir: "Dia melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu., Dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh". (Lihat: تفسير الطبري jld. 27. hlm. 125.) Imam Ibnu Katsir: "Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman: اَلاَ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُ اَلاَ حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ اِنَّهُ عَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ. "Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad)! Ingatlah, diwaktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati".( QS. Hud, 11:5.) "Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan disiang hari".( QS. Ar Ra'd, 13:10.) Imam Ibnu Katsir: "Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit di dalam hadis sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu".( Lihat: تفسير ابن كثير. Jld. 4. Hlm. 304.) Muawiyah bin Hakam as-Sulami: "Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. " Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah". (HR. Muslim dan Abi Daud.)
Channel: Education
Tags: 20 ceramah dahri kenduri manhaj rasul salafi sifat solat syafie tahlil zamihan
Rating: 5.00 (14 ratings) Views: 493' favoriteCount='1 Comments:
